Wednesday, June 1, 2011

TARIAN RODAT

Pergerakan tarian dalam seni persembahan rodat pada umumnya
merangkumi beberapa peringkat atau fasa berasaskan dua pergerakan utama
iaitu bergerak maju ke hadapan dan undur ke belakang dengan membawa
pergerakan tangan, kaki dan badan. Pergerakan rodat menegaskan bahagian

tangan dan kaki. Pergerakan tangan tidak sehalus atau serumit pergerakan
makyung atau joget gamelan. Peringkat pergerakan dalam gerak tari
persembahan rodat melibatkan pergerakan duduk dan berlutut, pergerakan
percantuman atau gabungan antara keadaan duduk dan berdiri, serta
pergerakan dalam berdiri sahaja. Tetapi tiap-tiap satu peringkat bermula serta
berakhir dengan pergerakan duduk atau berlutut.
Pelenggok menari mengikut paluan tar
Pergerakan maju dan undur
Pergerakan duduk berlutut
Gabungan antara pergerakan tangan dan kaki
Pergerakan tangan
Pergerakan tangan ke hadapan dan ke atas sambil menggulungkan jari dan
sesekali bergerak secara berpasangan-pasangan, digabung dengan
pergerakan melenggok dan melenggangkan badan oleh pelenggok dan mak
inang yang mempunyai nilai estatika yang tinggi memeriahkan lagi
persembahan rodat.
Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa pergerakan tarian dalam rodat adalah
hasil gabungan beberapa pergerakan asas dalam berbagai-bagai bentuk dan
cara yang diilhamkan serta berpandukan sepenuhnya daripada seni tarian
tradisional Melayu.

No comments:

Post a Comment