Wednesday, June 1, 2011

PERSEMBAHAN RODAT

Umumnya persembahan rodat terdiri daripada beberapa peringkat atau fasa
persembahan. Namun pada dasarnya di awal penubuhan kumpulan rodat di
Terengganu hanya terdapat dua watak atau kumpulan utama iaitu kumpulan
pengadi selaku penepuk tar yang terdiri daripada golongan lelaki dan
kumpulan pelenggok sebagai penyanyi dan penari yang juga daripada
golongan lelaki. Perubahan telah berlaku di era 40-an dengan
memperkenalkan watak mak inang sebagai penari dan penyanyi yang terdiri
daripada golongan wanita. Sehinggalah hari ini, corak persembahan rodat
telah banyak mengalami perubahan sama ada dari segi struktur organisasi,
lagu dan juga cara persembahan.
4
Biasanya struktur kumpulan utama rodat adalah dibahagikan seperti berikut :
• 9 orang pengadi
• 12 orang pelenggok
• 5 orang mak inang
Bilangan pengadi, pelenggok dan mak inang biasanya tidak tetap dan
biasanya ianya mengikut kesesuaian satu-satu majlis.
Kebiasannya, persembahan rodat dimulakan dengan kumpulan pengadi
bersama pelenggok akan menyampaikan sebuah lagu pembuka pentas. Lagu
yang sering digunakan ialah lagu selawat yang dipersembahkan dalam posisi
duduk selama kira-kira lima belas minit. Setelah lagu pembukaan pentas
dinyanyikan, lazimnya ketua pengadi akan memulakan persembahan dengan
Bismillahi Muala Nab Tadaina iaitu sebuah bentuk zikir selepas lagu selawat
dinyanyikan. Kemudian para pengadi akan mengulangi fasa ini sambil disahut
oleh pelenggok. Begitulah seterusnya di mana lagu-lagu berbentuk puji-pujian
kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. yang dinyanyikan secara beramairamai
oleh pelenggok sambil sesekali disahut oleh pengadi dengan iringan
paluan rebana tar.
Paluan juga dikatakan mempunyai variasinya yang tersendiri di mana paluan
perlahan ketika nyanyian atau lagu dipersembahkan, kuat dan cepat serta
nyaring ketika berebana (tanpa nyanyian). Paluan rebana tar ini dinamakan
cap. Cap terbahagi kepada dua iaitu cap panjang dan cap pendek. Cap
panjang merupakan lapan paluan secara terus menerus kemudian berhenti
seketika kemudian disambung semula dan rentak atau paluan ini dipalu
mengiringi lagu rodat bernada lembut dan lunak. Cap pendek pula adalah
5
paluan dua atau empat kali kemudian berhenti untuk seketika sebelum
disambung kembali dan cap ini biasanya digunakan untuk mengiringi lagu
rodat bernada tinggi dan cepat.
Pengadi menepuk tar
Setelah selesai enam fasa, mak inang yang bersedia di belakang pentas ini
akan masuk menyampaikan persembahannya dengan mengalunkan lagu
rodat dalam bentuk pantun yang berunsurkan kasih sayang dan pengajaran.
Mak inang akan masuk berpantun untuk jangka masa 10 hingga 15 minit dan
struktur kedudukan mak inang adalah berada dalam keadaan berbaris iaitu
berada antara barisan pengadi dan pelenggok. Apabila mak inang memulakan
pantun, pengadi akan mengiringinya dengan paluan tar sementara dalam
institusi yang sama pelenggok akan mula melenggok badannya mengikut
rentak lagu dan paluan tar.
Dalam situasi pelenggok menyahut pantun daripada mak inang, mak inang
akan terus menari dengan paluan tar yang agak rancak dan kuat. Begitulah
seterusnya situasi berbalas-balas pantun antara mak inang dengan pelenggok
berserta pengadi berdasarkan kepada rentak dan jenis lagu yang
disampaikan.


No comments:

Post a Comment