Wednesday, June 1, 2011

ASAL USUL RODAT

Seni warisan pusaka nenek moyang ini telah mengalami pelbagai
perkembangan dan pembaharuan. Daripada sudut sejarahnya pula, hingga ke
hari ini tiada satu pun catatan yang dapat membuktikan bila dan dari mana
asalnya rodat yang telah wujud di negara ini amnya dan di negeri Terengganu
khasnya.
Namun begitu, menurut satu catatan di dalam Buletin Warisan (Mac 1979),
Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu ada menyebut bahawa di awal abad
ke 19 didapati telah ada pedagang-pedagang dari Sambas dan Pontianak
telah datang ke Terengganu untuk membeli budu, songket serta perkakas.
Anak-anak kapal berkumpul dalam kumpulan lebih kurang 20 orang sambil
menyanyi-nyanyi (rodat) diiringi dengan sebuah alat muzik yang dipanggil
rebana tar hingga lewat malam. Alunan lagu (rodat) serta suara lunak
bersama-sama tepukan alat muzik tersebut, telah menarik penduduk
tempatan (Terengganu) untuk mempelajari persembahan ini sehingga ianya
menjadi sebati dan tersohor serta telah berkembang dalam masyarakat
Terengganu khususnya.
3
Sesetengah pendapat ada menyatakan bahawa seni persembahan rodat ini
berasal dari Tanah Arab. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi apabila dilihat
perkataan rodat itu sendiri wujud dalam perbendaharaan kata Arab yang
membawa maksud berulang-alik, bersahut-sahutan, bersatu kembali atau juga
berbalas-balas. Selain daripada itu, bersahut-sahutan, bersatu kembali atau
juga diungkap dalam bahasa Arab di mana isinya dipetik dan disalin daripada
sebuah kitab yang diberi nama hadrah. Apa yang lebih menarik untuk
diperkatakan tentang seni tradisional rodat ini adalah keunikan dari segi
persembahan dan mesej yang ingin disampaikan serta diperkuatkan lagi
dengan seni yang berunsurkan Islam serta sangat dihormati kerana
merakamkan pujian kepada Tuhan dan sejarah hidup para Rasul.
Dipercayai bahawa kawasan atau kampung yang mula-mula diperkenalkan
seni rodat di daerah Kuala Terengganu adalah di Kampung Pasir Panjang dan
Gong Tok Nasek. Setelah seni rodat ini masyhur dan popular di kalangan
penduduk di Kuala Terengganu, ianya telah tersebar di tempat-tempat lain
seperti di Kampung Surau Pangjang, Baladau, Kepong, Paya Resak dan
beberapa tempat lain lagi. Pada hari ini, hanya terdapat beberapa buah
kumpulan rodat sahaja yang masih aktif menjalankan aktiviti persembahan ini
terutamanya di daerah Kuala Terengganu. Sebahagian yang lain telah
berkubur begitu sahaja tanpa diwariskan kepada golongan muda

No comments:

Post a Comment