Sunday, June 12, 2011

Kata Aluan Daripada AJK PANITIA Muzik

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam satu malaysia, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung laman blog Panitia Pendidikan Muzik Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya kerana sudi meluangkan masa untuk melihat hasil ataupun karya yang telah di hasilkan oleh murid- murid di SKPJ. Lihatlah hasil murid- murid sewaktu sesi latihan mahupun pertandingan, mereka bersungguh -sungguh membuat sesuatu yang di amanahkan untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Saya juga berterima kasih kepada Guru Besar SKPJ Pn Faridah bt Yusop dan barisan pentadbir kerana begitu memahami kehendak murid- murid dan sentiasa memberikan ruang untuk mereka melontarkan bakat mahupun minat mereka untuk di ketengahkan bagi merealisasikan pendidikan yang holistik. Tanpa sokongan padu daripada pihak pentadbir sekolah semua yang dirancang pasti tidak akan membuahkan hasil. Sesungguhnya bakat sesorang murid adalah satu anugerah yang tidak tenilai harganya, kami pihak guru hanya mampu mengasah dan mencungkil bakat yang terpendam. Diharap penghuni laman ini dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaik mungkin.

Sekian, terima kasih.


MUHAMAD FAIZAL BIN SHAIR

Ketua Panitia Pendidikan Muzik


No comments:

Post a Comment