Persembahan seni rodat dikatakan mempunyai 50 hingga 60 jenis lagu,
namun pada suatu ketika dahulu antara lagu yang masih popular dimainkan
sehingga kini yang terkandung di dalam kitab hadrah adalah seperti berikut :
- Ya Hayyum Ya Qayyum
(Nama-nama Tuhan yang menghidupkan)
- Allah La illa ha illallah
(Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah)
- La illa ha illa Ya Karim
(Tidak ada Tuhan melainkan Engkau)
- Ya Rasul Ya Rasulullah
(Wahai Rasul, wahai persuruh Allah)
- Zikri Nabi AI-Mukhtar
(Nabi yang terpuji)
- Sillatullah
(Hubungan dengan Allah)
Pada awal penubuhan kumpulan rodat, lagu-lagu yang dipersembahkan pada
umumnya hanyalah berbentuk puji-pujian kepada Allah s.w.t serta Nabi dan
Rasulullah s.a.w. Senikata lagu-lagunya pula dinyanyikan di dalam bahasa
Arab. Pada ketika itu struktur kumpulan rodat yang ada terdiri daripada kaum
lelaki sahaja bersesuaian dengan apa yang ingin disampaikan melalui lagulagu
dalam persembahan rodat tadi. Berikut adalah satu daripada senikata
sebuah lagu berbahasa Arab di antara yang popular masa kini :
Ya La Mu Yahayun
Muyya La Na Qayyum
Mu Yahaye Allah Qalu La Bitaya
Ni Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa Ladunia
Selain mesej puji-pujian kepada Allah s.w.t dan Rasul, mesej berunsur
dakwah, panduan hidup serta tuntutan Islam terhadap manusia sebagai
khalifah di muka bumi, unsur pengajaran, nasihat dan sebagainya juga
terkandung di dalam mesej berbentuk lagu di dalam persembahan rodat. Ini
dapat dilihat daripada salah satu nyanyian lagu rodat yang terkandung di
9
dalam kitab hadrah sebagai lagu permulaan persembahan yang dinyanyikan.
Maksudnya adalah lebih kurang berikut :
Tuhanku sesungguhnya aku memohon dengan namaMu yang Agung dan
ketinggian DarjatMu yang Mulia, penuhilah segala permintaan kami
terhadapMu.
Dengan nama Allah Maha Pelindung, kami mulakan, segala puji-pujian di atas
nikmatMu Tuhan sekalian alam
Kami berhubung denganMu setiap perkara, agar dikumiakan limpahan
kebaikan Tuhan sekalian alam
Dan dengan nama-namaMu yang terungkap di dalam Nas (Al-Quran), di
sebalik yang terselindung itu menyimpan segala kebaikan dan kebenaran.
Dengan setiap kita yang dinuzulkan oleh-Nya jua, Dan Al-Quran sebagai
penawar buat orang mukmin semua.
Dan di puncak yang sunyi, kami berhubung denganMu agar dikumiakan
ketenangan, kerana inilah tradisi yang diamalkan oleh nabi-nabi dan rasulrasul
kami.
Dan ahli keluarga dan sahabat-sahabat semuanya, kami berhubung serta
mengikut segala petunjuk pada tabi'in segalanya.
10
Setiap golongan pemerintah itu kami berseru, setiap yang diramal itu Allah jua
yang mengetahui segalanya.
Dan para ulama itu Pesuruh Allah, kami muliakan, apatah lagi setiap wali dan
para salihin.
Dan khususnya buat imam-imam yang menyebarkan kebenaran, gambaran
dan darjat yang tinggi buat Islam (agama).
Dan disusunkan ajaran itu dengan susunan yang kukuh, dan dikumpulkan
syariat itu agar dikekalkan selamanya.
Nyanyian lagu berbahasa Arab yang didendangkan adalah melibatkan paduan
suara antara pengadi dan pelenggok. Struktur dan rentak nyanyian ini pada
dasarnya masih dikekalkan hingga ke hari ini.
Namun perubahan masa telah menyaksikan banyak kisah-kisah di dalam lagu
ini mengalami pengubahsuaian demi mengikut tuntutan para penonton yang
menyaksikan persembahan rodat. Bentuk penyampaian juga turut ditambah
dengan pantun-pantun Melayu dan menjadi sebahagian daripada agenda di
dalam sesuatu persembahan rodat. Bentuk pantun Melayu ini dikatakan mula
diperkenalkan bersama-sama watak mak inang iaitu pada tahun 1940-an.
Situasi berbalas pantun lazimnya berlaku dalam dua keadaan. Pertamanya,
situasi berbalas-balas pantun antara kumpulan pengadi, pelenggok dan mak
inang manakala situasi kedua berlaku hanya melibatkan kumpulan pelenggok
dan mak inang sahaja.
Pantun-pantun yang disampaikan biasanya berbentuk pantun empat kerat di
mana rangkap-rangkap pantun yang disampaikan ada hubungkaitnya dengan
tempat-tempat yang menarik dan bersejarah di negeri Terengganu khususnya.
Di samping itu juga, apa yang lebih penting adalah mesej-mesej yang ingin
disampaikan adalah berunsurkan pengajaran, nasihat, teguran dan jenaka.
Hingga kini persembahan rodat telah diteruskan dengan persembahan
pantun-pantun Melayu dan para pemuisi terkenal di Terengganu turut
menyumbangkan puisi pantun untuk persembahan rodat.
11
Pelenggok mendendangkan lagu dalam persembahan rodat
Biasanya dalam satu-satu persembahan rodat terdapat tiga segmen utama
iaitu segmen permulaan, pertengahan dan penutup.
Pada segmen permulaan, ianya akan dimulakan oleh pengadi di mana sambil
menepuk tar mereka mendendangkan lagu dan disambut oleh pelenggok
secara bergilir-gilir dan bersahut-sahutan dan akan diikuti dengan zikir petikan
dari kitab hadrah sebagaimana berikut :
Muala Sola... ...Tullah
Ya Lahu Alla Ya La Ahadi
Allah Ya La Ahami
Ya Allah Ya Hamila
Ya Allah Ya Rasulullah
Muala lma... lmamula a
Ya Lahabi Ya lwal Mu Ala Rasalli
Ya Allah Salilla
Ya Allah Ya Rasulullah
Ya La Mu Yahayun.,..
Muyya... La Na Qayyum...
Mu Yahaye... Allah Q'alu La Bitaya
Ni... Ashallilana... Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa... Ladunia
Pelenggok
Hai burung jelatuklah burunglah selaseh (2x)
Kai pohon keladi di dalamlahjambangan... Ya Allah (2x)
12
Terima kasih kepadalah yang Dato (2x)
Kerana sudi memberilah sumabangan... Ya Allah (2x)
Mak Inang
Ya La Mu Yahayun....
Muyya... La Na Qayyum...
Mu Yahaye... Allah Qalu La Bitaya
Ni... Ashallilana... Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa... Ladunia
Pelenggok
Tidaklah sebak (2x) jika terkenang (2x)
Airlah yang mata gugur berlinang (2x)
Karam di laut (2x) dapat ku kenang (2x)
Karam di hati ... amboilah sayang... bila nak senang (2x)
Mak Inang
Ya La Mu Yahayun....
Muyya... La Na Qayyum...
Mu Yahaye... Allah Qalu La Bitaya
Ni... Ashallilana... Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa... Ladunia
Pelenggok
Kalaulah ada (2x) jarum yang patah (2x)
janganlah disimpan di dalam peti (2x)
Kalaulah ada (2x) silap sepatah (2x)
Harap janganlah disimpan..amboilah sayang..di dalam hati (2x)
Mak Inang
Ya La Mu Yahayun...
Muyya... La Na Qayyum....
Mu Yahaye Allah Qalu La Bitaya
Ni... Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa Ladunia
Pelenggok
13
Tebang tebu (2x) tanam selaseh (2x)
Ala pergilah ke pasar... amboilah sayang... membeli benang (2x)
Sudah bertemu (2x) bersama kasih (2x)
Hai perut yang lapar... amboilah sayang... menjadi kenyang (2x)
Mak Inang
Ya La Mu Yahayun....
Muyya La Na Qayyum....
Mu Yahaye Allah Qalu La Bitaya
Ni Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa... Ladunia
Pelenggok
Linanglah linang (2x) sibuah jagung (2x)
Ala marilah nak kembang dalam belulang (2x)
Kasihlah abang (2x) berat ku tanggung (2x)
Hai sampailah ke mati.. amboilah sayang.. rasa tak hilang (2x)
Mak Inang
Pada segmen kedua atau pertengahan juga akan dimulakan oleh pengadi dan
disambut oleh pelenggok, tetapi perbezaannya adalah di akhir segmen ini
menyaksikan penyertaan mak inang yang akan menari dan menyanyi lagu
diiringi paluan tar oleh pengadi dan disambut oleh pelenggok dengan lagu
sebagaimana berikut :
Ya La Mu Yahayun....
Muyya La Na Qayyum.....
Mu Yahaye Allah Qalu La Bitaya
Ni... Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa... Ladunia
Lagu berikutnya merupakan zikir petikan daripada kitab hadrah. Seterusnya
diikuti dengan ungkapan sebagaimana di bawah :
Shakyka Bi nabab Bima Ya Ulana
Di Allah Kari Ya Muala..Saya La Disana
Wasala di Kiya Bima Ya La Ulana
Hadi Allah Wa Wa... Saliu Ya Rasulullah
14
Lagu berikutnya merupakan zikir petikan daripada kitab hadrah. Seterusnya
diikuti dengan ungkapan sebagaimana di bawah :
Muhammadun Madun Soliilah... Madun Sollilah
Ya Allah... Madun Sollilah
Rasulun Madun Sollilah... Madun Sollilah
Ya Allah... Madun Sollilah
Lagu berikutnya merupakan zikir petikan daripada kitab hadrah.
Persembahan berikutnya akan diteruskan dengan nyanyian lagu yang
berbentuk pantun oleh mak inang dan disambut oleh pelenggok secara
bergilir-gilir diiringi paluan tar oleh pengadi. Bentuk pantun (lagu) yang
disampaikan oleh mak inang adalah seperti berikut :
Hai mudik ke hulu bersamalah yang lah rakit (2x)
Sambil merakit memancinglah ikan toman... ya Allah
Negara lah cantik budaya lah yang menarik (2x)
ltulah tanda Terengganu lah Darul lman... Ya Allah (2x)
Mak Inang
Ya La Mu Yahayun....
Muyya... La Na Qayyum....
Mu Yahaye Allah Qalu La Bitaya
Ni Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa Ladunia
Pelenggok
Hai jikalah tuan pergi lah yang ke Dungun (2x)
Hai belikan saya lah tuan bunga kemboja (2x)
Jikalah tuan mati lah dahulu (2x)
Nantikan saya lah di pintu lah syurga (2x)
Mak Inang
Ya La Mu Yahayun.....
Muyya La Na Qayyum...
Mu Yahaye Allah Qalu La Bitaya
15
Ni Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa Ladunia
Pelenggok
Putik lah pauh (2x) delima batu (2x)
Hai anak lah sembilan amboi lah sayang di tapak tangan (2x)
Duduklah jauh (2x) negeri satu (2x)
Hilang lah di mata amboi lah sayang di hati jangan (2x)
Mak Inang
Ya La Mu Yahayun....
Muyya La Na Qayyum....
Mu Yahaye... Allah Qalu La Bitaya
Ni Ashallilana Lana Ladihama
Bia Duniwa, Allah Niwa Ladunia
Pelenggok
Pada segmen ketiga adalah segmen penutup dan biasanya didendangkan
lagu Anak Ayam oleh pengadi dan disambut oleh pelenggok sebagaimana
berikut :
Anak ayam turun sebelas
Matilah satu tinggal sepuluh
Bagaimana hati tak belas
Menyelak fajar waktulah subuh
Anak ayam turun sepuluh
Matilah satu tinggal sembilan
Menyelak fajar waktulah subuh
Ambillah wudhu lalu sembahyang
Anak ayam turun sembilan
Matilah satu tinggallah lapan
Ambillah wudhu lalu sembahyang
Mintalah doa kepada Tuhan
Anak ayam turunlah lapan
Matilah satu tinggallah tujuh
16
Mintalah doa kepada Tuhan
Minta tertutuplah neraka tujuh
Anak ayam turunlah tujuh
Matilah satu tinggallah enam
Minta tertutuplah neraka tujuh
Minta lepaskan neraka jahanam
Anak ayam turunlah enam
Matilah satu tinggallah lima
Minta lepaskan neraka jahanam
Minta mati dalam agama
Anak ayam turunlah lima
Matilah satu ttinggallah empat
Minta mati dalam agama
Minta tunjuk jalan makrifat
Anak ayam turunlah empat
Matilah satu tinggallah tiga
Minta tunjuk jalan makrifat
Minta terbukalah pintu syurga
Anak ayam turunlah tiga
Matilah satu tinggallah dua
Minta terbukalah pintu syurga
Syurga bernama jannatul makwa
Anak ayam turunlah dua
Matilah satu tinggallah yang satu
Syurga bernama jannatul makwa
Minta terbuka segala pintu
Anak ayam turunlah satu
Satu mati habislah ghaib
Minta terbuka segala pintu
Di situ tempat saya nak balik
17
Persembahan rodat akan diakhiri dengan lagu sebagaimana berikut:
Ya Allah Ya Rahmat
Nabi Kita Nabi Akhir Zaman
Nabi Beranak Malam Isnin
Rabiul Awal Bulan Purnama