Sunday, March 6, 2011

Dewan Filharmonik Petronas


                                                              Dewan Filharmonik Petronas


Dewan Fillharmonik ini terletak di lokasi strategik di dalam Menara Kembar Petronas juga merupakan dewan muzik klasik khusus yang pertama di negara ini. Dewan yang penuh pesona ini dilengkapi dengan fasiliti termoden serta tempat duduk yang nyaman dan tentu menggembirakan pelancong yang datang berkunjung dengan alunan muzik dengan kualiti suara yang amat baik.

Dewan Filharmonik merupakan jejak bagi Orkestra Filharmonik Malaysia yang terdiri dari barisan pemuzik lokal dan pemuzik luar yang hebat. Dewan ini kerap mempersembahkan konsert dan persembahan kebudayaan tradisional bersama Kumpulan Kebudayaan Petronas.

Sejak awal beroperasi pada tahun 1998, dewan ini telah menghibur para pengunjung dengan pelbagai orkestra bersama pemuzik klasik terkemuka di dunia serta pemusik jazz, termasuk persembahan muzik tradisional Malaysia dan persembahan tarian.

Selaku dewan khusus pertama yang dibangun di Malaysia, Dewan Orkestra Filharmonik memiliki keinginan untuk menjadi pusat peminat muzik klasik serta bentuk muzik lain yang berkaitan, seperti musik jazz dan muzik dunia atau ‘world music’.

Hal yang paling menarik tentunya adalah anda mempunyai peluang untuk menikmati salah satu persembahan yang mengagumkan di Dewan Filharmonik ini walaupun jangka waktu kunjungan anda hanya sehari.

Tips

Para tamu diminta mengenakan pakaian rasmi yang sesuai untuk masuk ke dewan ini. Memang tempat ini menjadi satu alasan yang baik untuk anda tampil bergaya!

Transportasi
Dewan Filharmonik Petronas terletak di dalam bangunan Menara Berkembar Petronas di Jalan Ampang. Anda boleh mengunjungi tempat ini denganh berjalan kaki atau menggunakan teksi. Kendaraan PUTRA LRT pilihan terbaik untuk membawa anda terus ke KLCC. Anda hanya perlu turun di stesen KLCC.

Pusat Informasi


Untuk informasi lebih lanjut silakan baca di halaman web http://www.malaysianphilharmonic.com

No comments:

Post a Comment