Sunday, June 12, 2011

Kata Aluan Daripada Guru Besar SKPJ Ipoh


BismillahHirahmanNirrahim,
Selamat Datang ke URL Blog Sk Pakatan Jaya. Sesungguhnya saya amat berbesar hati kerana walaupun Sekolah Pakatan Jaya mula beroperasi pada 15 Jun 2009, Namun pada 1 Ogos 2009 blog ini telah dapat diwujudkan.
Kejayaan menghasilkan blog ini adalah merupakan kejayaan sulung dan amat bermakna kepada semua murid, guru dan staf sekolah ini. Kejayaan ini adalah diharapkan menjadi permulaan bagi kita merekabentuk laman web sendiri pada satu hari nanti.
Tahniah dan syabas kepada semua guru terutama guru ICT kerana berjaya membina blog ini bagi kemudahan akses maklumat dalam pengurusan, pentadbiran dan perhubungan. Dengan adanya blog ini, mesej dan maklumat mudah tersebar kepada murid, ibubapa dan masyarakat. Oleh itu sama-samalah kita memanfaatkan kemudahan ini untuk meneroka bidang maklumat yang kompetitif. Sekian Terima Kasih.
Guru Besar Sk Pakatan Jaya,
Puan Faridah Yusof.
 

Kata Aluan Daripada AJK PANITIA Muzik

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam satu malaysia, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung laman blog Panitia Pendidikan Muzik Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya kerana sudi meluangkan masa untuk melihat hasil ataupun karya yang telah di hasilkan oleh murid- murid di SKPJ. Lihatlah hasil murid- murid sewaktu sesi latihan mahupun pertandingan, mereka bersungguh -sungguh membuat sesuatu yang di amanahkan untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan. Saya juga berterima kasih kepada Guru Besar SKPJ Pn Faridah bt Yusop dan barisan pentadbir kerana begitu memahami kehendak murid- murid dan sentiasa memberikan ruang untuk mereka melontarkan bakat mahupun minat mereka untuk di ketengahkan bagi merealisasikan pendidikan yang holistik. Tanpa sokongan padu daripada pihak pentadbir sekolah semua yang dirancang pasti tidak akan membuahkan hasil. Sesungguhnya bakat sesorang murid adalah satu anugerah yang tidak tenilai harganya, kami pihak guru hanya mampu mengasah dan mencungkil bakat yang terpendam. Diharap penghuni laman ini dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaik mungkin.

Sekian, terima kasih.


MUHAMAD FAIZAL BIN SHAIR

Ketua Panitia Pendidikan Muzik


Peserta Pertandingan Laman Blog



Kami peserta laman blog yang mewakili panitia pendidikan muzik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung yang mengunjungi laman blog ini.Kami berharap agar usaha yang kami lakukan ini tidak sia-sia.
Sekian,terima kasih.

Nordiana Shalieza , Muhd Ikhwan Shafiq dan Muhd Amir
Peserta Laman Blog,
Panitia Pendidikan Muzik.

Guru Muzik SK Pakatan Jaya Ipoh

                                                                                                       
                                                                           En.Faizal
                                                                   (Ketua Panitia Muzik)
  

 En.Rizal      


Pn.Hasnatun 

   Pn.Norazizah 



                                                                                                                                 


 

 

Persembahan Hari Guru Peringkat SKPJ 2010


  
Hari guru 2010 di sekolah kami ,cikgu menyanyi lagu iaitu "Kami Guru Malaysia" dan guru menari bersama murid-murid.

Persembahan di Majlis Kecemerlangan Akademik SKPJ 2010

 Tarian dan nyayian lagu sekolah kami di sekolah semasa di Majlis Kecemerlangan Akedemik SKPJ 2010.

Guru-guru yang mengajar di sekolah kami